Sunday, August 16, 2009

Kerajaan Malaysia cadang IPv6

KUALA LUMPUR 21 Julai - Malaysia bercadang menukar rangkaian Internet versi 4 (IPv4) ketika ini kepada Protokol Internet versi 6 (IPv6) berikutan peningkatan permintaan bagi ruang alamat Internet.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, langkah tersebut bertujuan membolehkan penyediaan kemudahan jalur lebar yang lebih canggih dan meluas di negara ini.
Beliau berkata, langkah itu sekali gus membantu semua universiti serta institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) di negara ini menjalin kerjasama di peringkat global dengan lebih berkesan.
''Inisiatif ini merupakan bukti komitmen kerajaan dan pengiktirafan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh infrastruktur komunikasi terkini bagi menyokong pembangunan penyelidikan dan kegiatan itu di negara ini,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Rangkaian Penyelidikan dan Pendidikan Malaysia (Myren) dan Rangkaian Terkini Asia Pasifik ke-28 (APAN) anjuran bersama Myren, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.
Joseph memberitahu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM43 juta kepada Myren bagi menghubungkan semua institusi pendidikan tinggi swasta, institusi penyelidikan kerajaan dan makmal industri swasta dengan pusat-pusat penyelidikan global.
Beliau berkata, peruntukan itu membolehkan kumpulan penyelidik di negara ini mengadakan hubungan serta kerjasama dengan institusi penyelidikan ternama dunia.
''Kerajaan menyedari bahawa dunia penyelidikan moden bergantung kepada kemajuan dalam infrastruktur dan teknologi komunikasi bagi menghasilkan, mengumpul, berkongsi maklumat, menyimpan serta mendapatkan semula maklumat.
''Sesetengah penyelidikan hanya dapat dimajukan melalui kemajuan dalam infrastruktur dan teknologi komunikasi serta kerjasama di antara penyelidik tempatan dan antarabangsa untuk terus bersaing,'' katanya.
''Joseph memberitahu, atas kesedaran itu, sejak dua dekad lalu, kerajaan telah mengambil langkah untuk menyediakan infrastruktur yang terbaik bagi penyelidikan dan pembangunan.
Katanya, salah satu strategi ialah untuk memastikan pada 2010 penembusan jalur lebar ke rumah-rumah di seluruh negara mencapai tahap 50 peratus.
Beliau berkata, kerajaan juga akan melaksanakan aktiviti di jabatan kerajaan dan sektor swasta bagi memastikan pelaburan di dalam jalur lebar menyokong pembangunan di dalam pendidikan, kesihatan, perkhidmatan kerajaan serta penyelidikan dan pembangunan.
''Usaha untuk mempromosikan institusi penyelidikan dan pembangunan tempatan mengadakan perkongsian dengan institusi antarabangsa dalam pembangunan teknologi rangkaian juga akan dilipatgandakan,'' katanya

Any Comment?

Thursday, August 13, 2009

Cetusan ICT Oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir...Koridor Raya Multimedia




Koridor Raya Multimedia (Inggeris: Multimedia Super Coridor) ialah sebuah rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat. Ia secara asalnya melibatkan kawasan seluas 15x50km² bermula dari kawasan Menara Berkembar Petronas hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan turut melibatkan bandar Putrajaya dan Cyberjaya. Ia mengalami perubahan pada 7 Disember 2006 yang mana ia melibatkan kemasukan Pelabuhan Klang di dalam MSC.
Projek ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996.
Dengan ukuran kira-kira 15 kilometer lebarnya dan 50 kilometer panjangnya, yakni seluas 750 kilometer persegi, zon ini terbentang dari Menara Kembar Petronas di utara ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di selatan dan merangkumi bandar-bandar Putrajaya and Cyberjaya.
Juga dikenali sebagai "MSC" di Malaysia, Koridor Raya Multimedia bertujuan menarik syarikat-syarikat dengan pengecualian cukai syarikat sementara serta kemudahan-kemudahan lain seperti internet yang laju dan lokasinya yang berkedekatan dengan lapangan terbang antarabangsa.
Lawatan Dr Mahathir ke Amerika Syarikat pada Januari 1997 untuk mempromosi MSC kepada syarikat-syarikat di sana telah berjaya menarik minat banyak syarikat gergasi teknologi maklumat. Pada lawatan itu, sebuah "Panel Penasihat Antarabangsa" yang terdiri daripada 30 orang ahli teknologi maklumat telah ditubuhkan untuk bertukar pendapat terhadap kejayaan MSC.
Perbadanan Pembangunan Multimedia (Multimedia Development Corporation) juga ditubuhkan semata-mata untuk menyelia perkembangan MSC

Any comment?

PENGENALAN DA....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua bloggerzz-bloggerz sekalian…

Sukacitanya ingin saya hebahkan kepada bloggerz-bloggerz sekalian bahawa tajuk blog ini tidak hanya sekadar menceritakan perihal it sahaja.Saya juga akan menyentuh mengenai isu2 semasa yang berlaku di dunia ini dan juga akan menceritakan serba sedikit tentang perjalanan hdup saya…

Saya juga mengalu-alukan sebarang komen yg membina untuk kebaikan kita bersama dan memberi pandangan yang positif tentang isu-isu yang berlaku dinegara kita ini untuk melihat satu perkembangan yang boleh “menganjakkan”paradigma mentaliti produktiviti orang-orang diMalaysia ini.

Berbalik kepada tajuk asal blog ini..insyaallah jika saya mempunyai ilmu yang diberikan oleh Allah s.w.t akan saya kupas dan kepada pakar-pakar it di Malaysia ini,dijemput memberikan pandangan tentang teknologi maklumat yang sentiasa up to date di negara kita ini.

Selaras dengan dasar kerajaan yang mahu melihat setiap penduduk di Malaysia ini yang celik IT.Saya juga menyeru kepada pakar-pakar it dan juga guru-guru disekolah menggunakan peluang ini untuk menerapkan mengenai teknologi maklumat ini kepada anak-anak muda agar mereka menjadi minat dan seterusnya melihat kepada perkembangan kepada minda kelas pertama seperti yang disarankan oleh Perdana menteri kita yang terdahulu.

Dunia tanpa sempadan ini membolehkan setiap manusia dari seluruh dunia yang mempunyai kemudahan internet membolehkan mereka berhubung dari seluruh pelosok dunia berhubung secara terus dan ini membolehkan mereka mewujudkan rangkaian yang perniagaan yang luas kepada mereka yang memiliki perniagaan untuk meluaskan empayar perniagaan ke seluruh dunia.

Tidak dinafikan perkembangan teknologi juga mempunyai kesan kepada mereka yang tertentu disebabkan mereka yang menyalahgunakan teknologi ini yang semata-mata mahu melihat kepada kehancuran kebinasaan hasad dengki kepada pihak-pihak tertentu dan juga mahu melihat kehancuran akhlak dikalangan masayarakat.

Saya juga menyeru kepada pakar-pakar it agar memberikan sumbangan kepada negara kita dalam bidang ini kerana dari apa yang diketahui oleh saya Malaysia masih kekurangan pakar dalam bidang ini.

Ini menyebabkan kita terpaksa bergantung kepada dunia luar semata-mata kita masih kekurangan pakar dalam bidang it.

Sekian sahaja cerita it menulis disini saya juga mengalu-ngalukan sebarang komen yang membina demi kebaikan bersama.

Wassalam

Author
Cerita It